Pembelajaran Efektif
Menurut Popham dan Baker (1992), proses pembelajaran yang efektif terjadi jika guru dapat mengubah kemampuan dan persepsi pelajar daripada sukar untuk belajar kepada mudah untuk mempelajari sesuatu.
Keberkesanan suatu pembelajaran juga bergantung kepada kaedah dan cara pembelajaran tersebut dijalankan. Pengaplikasian kaedah yang sesuai dan efektif dalam proses pembelajaran membolehkan pencapaian hasil yang maksimum.
Oleh itu, untuk menjalankan suatu proses pembelajaran secara efektif:
-Analisis tentang keperluan murid haruslah dijalankan.
Perkara ini bermaksud, seorang guru hendaklah menimbangkan perbezaan individu yang wujud dalam kalangan pelajar dengan menyeimbangkan skop dan kaedah yang dijalankan dalam proses pembelajaran. Hal ini kerana, tahap kemampuan pelajar adalah berbeza-beza. Dari itu, semua murid akan dapat mengikuti pembelajaran yang dijalankan dengan baik.
-Sistem ujian yang dijalankan juga haruslah bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar.
Apabila dua perkara ini dilaksanakan, proses pembelajaran yang efektif dapat dihasilkan.
Mengurus Pembelajaran Efektif
Keperluan fisiologi
Guru hendaklah mengetahui keperluan fisiologi murid. Keperluan fisiologi murid antaranya adalah seperti berikut:
- Tahap pembelajaran
- Latar belakang keluarga
- Emosi dan tingkah laku murid
Pengurusan Masa
Masa untuk menjalankan proses pembelajaran haruslah diurus dengan baik. Perkara ini amat penting untuk membolehkan murid melalui proses pembelajaran pada masa yang sama. Pengurusan masa yang dilakukan hendaklah mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid. Guru juga hendaklah mengelakkan diri daripada menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berkaitan semasa proses pembelajaran berlangsung.
Iklim Bilik Darjah
Suasana bilik darjah haruslah selesa dan sesuai untuk menjalankan suatu proses pembelajaran. Hal ini kerana iklim bilik darjah yang baik dan selesa amat penting untuk murid kerana ia memberi pengaruh yang besar dalam keberkesanan pembelajaran yang dijalankan. Iklim bilik darjah yang baik haruslah mempunyai:
- Pencahayaan yang mencukupi.
- Perabot pembelajaran yang selesa seperti kerusi dan meja.
- Aliran udara yang baik.
Membuat perancangan sebelum mengajar (RPH)
Perancangan sebelum mengajar dilakukan oleh guru untuk memastikan kelancaran semasa proses pembelajaran berlangsung. Perancangan yang dilakukan mestilah mempunyai objektif pengajaran, teknik dan kaedah yang mantap yang akan diaplikasikan semasa menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran.
Kurikulum yang Baik dan Seimbang
Kurikulum adalah perkara atau tahap yang perlu dilalui oleh murid dalam proses pembelajaran dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam pendidikan. Kurikulum yang baik dan seimbang harusah meliputi aspek jasmani, rohani, emosi, intelektual dan spiritual. Kurikulum yang baik juga bergantung kepada keupayaan sekolah dalam mengaplikasikan pembelajaran agar murid mendapat pembelajaran yang baik dan sempurna.
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Penggunaan bahan bantu mengajar amat penting dalam usaha menjadikan proses pembelajaran yang dijalankan efektif . Penggunaan bahan bantu mengajar mestilah sesuai dengan topik yang diajar. Kaedah yang pelbagai juga boleh diaplikasikan dalam pembelajaran untuk menarik perhatian pelajar. Bukan itu sahaja, penggunaan bahan bantu mengajar dan kaedah yang menarik juga dapat merangsang dan meningkatkan daya kreativiti pelajar.
Berikut merupakan contoh penggunaan bahan bantu mengajar yang digunakan semasa proses pembelajaran dijalankan:
Terdapat juga beberapa model pembelajaran yang efektif yang dapat dilakukan. Antara model tersebut ialah:
Objektif yang Boleh Dicapai daripada Pembelajaran yang Efektif
Objektif eksplisit dan implisit dapat dicapai melalui pengurusan pembelajaran yang efektif.
Objektif Eksplisit
Objektif eksplisit adalah melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat. Tingkah laku tersebut ialah:
- Menyenaraikan
- Menjelaskan
- Memberi contoh
- Menunjukkan cara yang betul untuk apa yang diajar.
Objektif Implisit
Objektif implisit adalah yang melibatkan tingkah laku yang ketara iaitu:
- Memahami
- Mengetahui
- Menghargai perkara yang dipelajari.
Rujukan:
Suyanto & Asep Jihad. (2013). MENJADI GURU PROFESIONAL: Strategi Meningkatkan Kualifikasi dan Kualitas Guru di Era Global. Penerbit Erlangga.
No comments:
Post a Comment