Thursday, 15 September 2016

Fungsi-fungsi Pembelajaran

Menurut Benjamin S Bloom, pembelajaran yang didapati boleh diklasifikasikan kepada tiga bidang utama iaitu:

  1. Bidang kognitif
  2. Bidang psikomotor
  3. Bidang afektif

Bidang Kognitif


Bidang kognitif melibatkan aspek intelektual iaitu pengetahuan, pengertian dan pemikiran.

Bidang ini berkembang bermula dari pengetahuan yang mudah kepada paras kegiatan mental yang lebih tinggi.

Terdapat enam elemen taksonomi Bloom iaitu:

-Pemikiran aras rendah
  • Pengetahuan
  • Kefahaman
  • Aplikasi  
-Pemikiran aras tinggi
  • Analisis
  • Sintesis
  • Penilaian  
Elemen Pengetahuan

Elemen ini berkait tentang menguji sejauh mana keupayaan pelajar mengingat fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar di dalam kelas.

Elemen Kefahaman

Elemen kefahaman memerlukan keupayaan murid dalam memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Terdapat tiga aras dalam elemen kefahaman iaitu:
  • Penterjemahan iaitu menterjemahkan bahasa tanpa mengubah maksud asal. 
  • Mentafsir idea atau maksud tersurat.
  • Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku.
Elemen Aplikasi

Elemen aplikasi menguji keupayaan murid dalam menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Apabila elemen aplikasi dapat dikuasai, murid tersebut akan benar-benar memahami konsep ,teori atau hukum untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 


Elemen Analisis

Elemen analisis, murid diminta untuk memecahkan sesuatu kepada unsur-unsur yang kecil dan menentukan pertalian antara unsur-unsur tersebut. Elemen ini menekankan keupayaan murid mengenal pasti unsur-unsur dan struktur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang ada. 

Elemen Sintesis

Elemen sintesis dipelajari apabila murid mampu menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas, menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Sebagai contoh:
  • Kebolehan menulis dengan susunan dangaya yang menarik
  • Mampu menghasilkan suatu rancangan atau pelan operasi.
  • Kebolehan membina hubungan yang abstrak seperti teori dan hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena (mengklasifikasikan fakta)

Elemen Penilaian

Eelemen penilaian ialah apabila menguji kebolehan murid  untuk membuktikan, menilai, mengesahkan serta memberi pendapat mengenai sesuatu pernyataan. 




Bidang Psikomotor



Bidang psiokomotor adalah berkaitan dengan perkembangan fizikal murid.




Bidang Afektif


Bidang ini adalah berhubung dengan sikap, penikmatan , nilai dan emosi. Suatu pembelajaran akan tercapai sekiranya pelajar dapat membentuk sikap positif terhadap pembelajaran tersebut. 

Menurut Davi R.Krathworth et. al. (1964) terdapat  5 domain afektif iaitu:
  • Menerima - Keinginan dan kesanggupan menerima seperti sanggup mendengar ucapan orang lain.
  • Bertindak balas - Kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan atau perkara. 
  • Menilai - Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkahlaku.
  • Mengelola - Kebolehan mengelola nilai –aplikasi, menyalurkan, menerapkan. Murid juga dapat membezakan perkara yang penting dan kurang penting.
  • Perwatakan -  Perubahan tingkahlaku yang positif kepada pelajar.  

Berikut merupakan video berkaitan teori Bloom:

No comments:

Post a Comment