Sebagai seorang pelajar, pegurusan pembelajaran amat penting agar suatu proses pembelajaran berlaku dengan efektif dan objektif yang ditetapkan dapat dicapai.
PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK
Penetapan matlamat diri dan akademik harus dilakukan kerana matlamat yang jelas dan spesifik adalah lebih baik daripada matlamat yang kabur.
Penetapan matlamat diri dan akademik ini boleh dilakukan dengan mengaplikasikan kaedah SMART
Specific
Matlamat yang ditetapkan mestilah spesifik ataupun terperinci kerana matlamat yang spesifik adalah lebih baik daripada matlamat yang umum. Penetapan matlamat yang tidak spesifik menyebabkan terdapat kemungkinan apa yang didapati bukanlah apa yang diinginkan.
Measurable
Matlamat yang spesifik juga mestilah boleh diukur seperti matlamat untuk mendapat keputusan A+ dalam peperiksaan.
Attainable
Attainable bermaksud matlamat yang ditetapkan mestilah suatu perkara yang boleh diperoleh oleh seseorang seperti keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Relevant / Realistic
Matlamat yang relevan ataupun realistik bermaksud suatu matlamat itu mestilah boleh dicapai mengikut proses yang berperingkat-peringkat.
Time Based / Timely
Matlamat yang ditetapkan juga mestilah boleh dicapai secara berperingkat-peringkat dan dengan usaha yang berterusan
PENGURUSAN MASA (TIME MANAGEMENT)
Pengurusan masa merupakan perkara yang amat perlu dititikberatkan dalam mengurus pembelajaran. Ini kerana, apabila pengurusan masa dilakukan dengan baik maka penggunaan masa dapat diseimbangkan antara aktiviti belajar dan aktiviti-aktiviti lain.
Pengurusan masa boleh dilakukan dengan menyusun jadual belajar harian. Senarai aktiviti harian ataupun list to do juga boleh dilakukan agar aktiviti yang akan dilakukan pada hari-hari tertentu akan lebih jelas. Dengan menyusun jadual belajar harian dan menyenaraikan aktiviti harian yang akan dilakukan, aktivit-aktiviti harian akan dapat lancar serta waktu pembelajaran tidak akan terganggu.
Contoh jadual belajar harian
Contoh senarai aktiviti harian yang akan dilakukan
Pengurusan masa yang baik mempunyai banyak manfaat seperti:
- Membantu membuat sesuatu ikut keutamaan.
- Membantu menghindar perangkap masa
- Membantu untuk menjangka peluang-peluang yang ada
- Memberi kebebasan dan kawalan
- membantu menghindar daripada konflik masa
- Membantu menghindar rasa bersalah
- membantu menilai kemajuan yang dicapai
- Membantu belajar bagaimana untuk belajar dengan bijak
MENGENALI GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI
Terdapat dua model gaya pembelajaran yang boleh diaplikasikan oleh setiap pelajar iaitu:
Model Gaya Pembelajaran VARK
Model Gaya Pembelajaran VARK diasaskan oleh Neil Fleming pada tahun 2001. Model ini menerangkan empat gaya pembelajaran berasaskan perbezaan individu.Visual- Pelajar belajar melalui penglihatan iaitu seperti menggunakan carta, poster, grafik dan penggunaan multimedia dalam aktiviti P&P.
Audio- Pelajar belajar melalui pendengaran seperti kuliah, penerangan.
Read / Write - Menulis semula nota yang dibaca, menghafal nota, menerangkan semula gambar atau model menggunakan perkataan sendiri.
Kinestetik- Belajar melalui pengalaman dan penglibatan melakukan aktiviti pembelajaran seperti menggunakan kaedah hands on melalui eksperimen dan pembelajaran luar bilik darjah .
Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn
Model gaya pembelajaran Dunn & Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya.
- Persekitaran -Cahaya, Bunyi, Suhu, dan Pola Kelas
- Emosi-Motivasi , Tanggungjawab, Berstruktur dan Ketabahan
- Sosiologi-Sendiri, Pasangan, kumpulan, gabungan pelbagai cara
- Fisiologi-Global atau analitik, otak kiri atau kanan bertindak secara spontan berfikir sebelum bertindak.
STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN
Otak manusia berupaya mengingat dan menyimpan maklumat yang diperoleh. Namun begitu, keupayaan untuk mengingat sesuatu perkara semakin lemah apabila usia semakin meningkat bermula pada umur 27 tahun.
Namun begitu, terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan untuk melambatkan penurunan kognitif ini dan seterusnya dapat meningkatkan semula daya ingatan, di samping dapat menghindari penyakit seperti Alzheimer dan nyanyuk.
Antara usaha dan amalan yang boleh dilakukan untuk melambatkan penurunan daya ingatan adalah:
Senaman dan aktiviti fizikal -Senaman dapat melancarkan pengaliran darah ke otak seterusnya mengurangkan pengecutan otak.
Makan sayuran hijau- Kekurangan folate dan vitamin B12 akan meninggikan risiko nyanyuk. Sayuran hijau merupakan sumber folate yang baik. Sebagai contoh, sayur bayam dan kobis.
Senaman mata- Senaman mata seperti menggerakkan bola mata ke kiri dan ke kanan selama 30 saat dapat membantu mencantumkan dua hemisfera otak. Perkara ini menyebabkan sesetengah ingatan dapat dikembalikan.
PERANCANGAN JADUAL BELAJAR
Perancangan jadual belajar amat penting untuk memastikan proses pembelajaran berjalan dengan sistematik dan terurus. Jadual belajar juga amat perlu bagi menyeimbangkan aktiviti pembelajaran dengan aktiviti-aktiviti yang lain.
Masa untuk belajar dalam satu hari hendaklah lebih daripada 3 jam. Masa belajar yang terbaik adalah 5 hingga 7 jam sehari. Namun begitu, pembelajaran tersebut bukanlah dilakukan tanpa rehat malah proses pembelajaran lebih efektif jika diselang-selikan dengan aktiviti-aktiviti yang menenangkan seperti minum teh dan melakukan senaman ringan. Penggunaan teknik-teknik membaca yang berkesan juga mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran tersebut.
Jadual belajar yang telah disusun hendaklah dituruti dengan mendisiplinkan diri agar tidak melakukan perkara-perkara tidak seperti yang dijadualkan kecuali jika ada kecemasan. Perancangan jadual yang baik serta disiplin yang tinggi dapat menjadikan proses pembelajaran lebih efektif seterusnya memudahkan jalan untuk mencapai objektif yang telah disasarkan.
"Ayuh sama-sama kita memanfaatkan apa yang dikongsi dalam blog ini"
Rujukan:
Harrah's Resort Southern California - Mapyro
ReplyDeleteMapyro® USA offers the 당진 출장마사지 best Southern California casino hotels in 나주 출장안마 Southern California, offering 나주 출장안마 your favorite slots, 당진 출장안마 video poker, table 제주도 출장샵 games and more.