Saturday, 24 September 2016

Kemahiran Belajar: Pengurusan Pembelajaran

Sebagai seorang pelajar, pegurusan pembelajaran amat penting agar suatu proses pembelajaran berlaku dengan efektif dan objektif yang ditetapkan dapat dicapai.



PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK

Penetapan matlamat diri dan akademik harus dilakukan kerana matlamat yang jelas dan spesifik adalah lebih baik daripada matlamat yang kabur.

Penetapan matlamat diri dan akademik ini boleh dilakukan dengan mengaplikasikan kaedah SMART


Specific
Matlamat yang ditetapkan mestilah spesifik ataupun terperinci kerana matlamat yang spesifik adalah lebih baik daripada matlamat yang umum. Penetapan matlamat yang tidak spesifik menyebabkan terdapat kemungkinan apa yang didapati bukanlah apa yang diinginkan.

Measurable
Matlamat yang spesifik juga mestilah boleh diukur seperti matlamat untuk mendapat keputusan A+ dalam peperiksaan.

Attainable
Attainable bermaksud matlamat yang ditetapkan mestilah suatu perkara yang boleh diperoleh oleh seseorang seperti keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Relevant / Realistic
Matlamat yang relevan ataupun realistik bermaksud suatu matlamat itu mestilah boleh dicapai mengikut proses yang berperingkat-peringkat.

Time Based / Timely
Matlamat yang ditetapkan juga mestilah boleh dicapai secara berperingkat-peringkat dan dengan usaha yang berterusan








PENGURUSAN MASA (TIME MANAGEMENT)

Pengurusan masa merupakan perkara yang amat perlu dititikberatkan dalam mengurus pembelajaran. Ini kerana, apabila pengurusan masa dilakukan dengan baik maka penggunaan masa dapat diseimbangkan antara aktiviti belajar dan aktiviti-aktiviti lain.

Pengurusan masa boleh dilakukan dengan menyusun jadual belajar harian. Senarai aktiviti harian ataupun list to do juga boleh dilakukan agar aktiviti yang akan dilakukan pada hari-hari tertentu akan lebih jelas. Dengan menyusun jadual belajar harian dan menyenaraikan aktiviti harian yang akan dilakukan, aktivit-aktiviti harian akan dapat lancar serta waktu pembelajaran tidak akan terganggu.




Contoh jadual belajar harian




Contoh senarai aktiviti harian yang akan dilakukan


Pengurusan masa yang baik mempunyai banyak manfaat seperti:

  • Membantu membuat sesuatu ikut keutamaan.
  • Membantu menghindar perangkap masa
  • Membantu untuk menjangka peluang-peluang yang ada
  • Memberi kebebasan dan kawalan
  • membantu menghindar daripada konflik masa
  • Membantu menghindar rasa bersalah
  • membantu menilai kemajuan yang dicapai
  • Membantu belajar bagaimana untuk belajar dengan bijak   










MENGENALI GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI


Terdapat dua model gaya pembelajaran yang boleh diaplikasikan oleh setiap pelajar iaitu:

Model Gaya Pembelajaran VARK
Model Gaya Pembelajaran VARK diasaskan oleh Neil Fleming pada tahun 2001. Model ini menerangkan empat gaya pembelajaran berasaskan perbezaan individu.


Visual- Pelajar belajar melalui penglihatan iaitu seperti menggunakan carta, poster, grafik dan penggunaan multimedia dalam aktiviti P&P.
         
Audio- Pelajar belajar melalui pendengaran seperti kuliah, penerangan.

Read / Write - Menulis semula nota yang dibaca, menghafal nota, menerangkan semula gambar atau  model menggunakan perkataan sendiri.
                          
Kinestetik-  Belajar melalui pengalaman dan penglibatan melakukan aktiviti pembelajaran seperti  menggunakan kaedah hands on melalui eksperimen dan pembelajaran luar bilik darjah .

                          

Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn
Model gaya pembelajaran Dunn & Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya. 

  • Persekitaran -Cahaya, Bunyi, Suhu, dan Pola Kelas
  • Emosi-Motivasi , Tanggungjawab, Berstruktur dan Ketabahan
  • Sosiologi-Sendiri, Pasangan, kumpulan, gabungan pelbagai cara
  • Fisiologi-Global atau analitik, otak kiri atau kanan  bertindak secara spontan berfikir sebelum bertindak.




           
              
               

STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Otak manusia berupaya mengingat dan menyimpan maklumat yang diperoleh. Namun begitu, keupayaan untuk mengingat sesuatu perkara semakin lemah apabila usia semakin meningkat bermula pada umur 27 tahun.

Namun begitu, terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan untuk melambatkan penurunan kognitif ini dan seterusnya dapat meningkatkan semula daya ingatan, di samping dapat menghindari penyakit seperti Alzheimer dan nyanyuk.
Antara usaha dan amalan yang boleh dilakukan untuk melambatkan penurunan daya ingatan adalah:

Senaman dan aktiviti fizikal -Senaman dapat melancarkan pengaliran darah ke otak seterusnya   mengurangkan pengecutan otak.

Makan sayuran hijau- Kekurangan folate dan vitamin B12 akan meninggikan risiko nyanyuk.           Sayuran hijau merupakan sumber folate yang baik. Sebagai contoh, sayur bayam dan kobis.                                        

Senaman mata- Senaman mata seperti menggerakkan bola mata ke kiri dan ke kanan selama 30 saat dapat membantu mencantumkan dua hemisfera otak. Perkara ini menyebabkan sesetengah ingatan dapat dikembalikan.                           







PERANCANGAN JADUAL BELAJAR

Perancangan jadual belajar amat penting untuk memastikan proses pembelajaran berjalan dengan sistematik dan terurus. Jadual belajar juga amat perlu bagi menyeimbangkan aktiviti pembelajaran dengan aktiviti-aktiviti yang lain.

Masa untuk belajar dalam satu hari hendaklah lebih daripada 3 jam. Masa belajar yang terbaik adalah 5 hingga 7 jam sehari. Namun begitu, pembelajaran tersebut bukanlah dilakukan tanpa rehat malah proses pembelajaran lebih efektif jika diselang-selikan dengan aktiviti-aktiviti yang menenangkan seperti minum teh dan melakukan senaman ringan. Penggunaan teknik-teknik membaca yang berkesan juga mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran tersebut.

Jadual belajar yang telah disusun hendaklah dituruti dengan mendisiplinkan diri agar tidak melakukan perkara-perkara tidak seperti yang dijadualkan kecuali jika ada kecemasan. Perancangan jadual yang baik serta disiplin yang tinggi dapat menjadikan proses pembelajaran lebih efektif seterusnya memudahkan jalan untuk mencapai objektif yang telah disasarkan.



                                    
                                 










           "Ayuh sama-sama kita memanfaatkan apa yang dikongsi dalam blog ini"






Rujukan:







Thursday, 15 September 2016

Fungsi-fungsi Pembelajaran

Menurut Benjamin S Bloom, pembelajaran yang didapati boleh diklasifikasikan kepada tiga bidang utama iaitu:

  1. Bidang kognitif
  2. Bidang psikomotor
  3. Bidang afektif

Bidang Kognitif


Bidang kognitif melibatkan aspek intelektual iaitu pengetahuan, pengertian dan pemikiran.

Bidang ini berkembang bermula dari pengetahuan yang mudah kepada paras kegiatan mental yang lebih tinggi.

Terdapat enam elemen taksonomi Bloom iaitu:

-Pemikiran aras rendah
  • Pengetahuan
  • Kefahaman
  • Aplikasi  
-Pemikiran aras tinggi
  • Analisis
  • Sintesis
  • Penilaian  
Elemen Pengetahuan

Elemen ini berkait tentang menguji sejauh mana keupayaan pelajar mengingat fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar di dalam kelas.

Elemen Kefahaman

Elemen kefahaman memerlukan keupayaan murid dalam memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Terdapat tiga aras dalam elemen kefahaman iaitu:
  • Penterjemahan iaitu menterjemahkan bahasa tanpa mengubah maksud asal. 
  • Mentafsir idea atau maksud tersurat.
  • Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku.
Elemen Aplikasi

Elemen aplikasi menguji keupayaan murid dalam menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Apabila elemen aplikasi dapat dikuasai, murid tersebut akan benar-benar memahami konsep ,teori atau hukum untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 


Elemen Analisis

Elemen analisis, murid diminta untuk memecahkan sesuatu kepada unsur-unsur yang kecil dan menentukan pertalian antara unsur-unsur tersebut. Elemen ini menekankan keupayaan murid mengenal pasti unsur-unsur dan struktur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang ada. 

Elemen Sintesis

Elemen sintesis dipelajari apabila murid mampu menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas, menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Sebagai contoh:
  • Kebolehan menulis dengan susunan dangaya yang menarik
  • Mampu menghasilkan suatu rancangan atau pelan operasi.
  • Kebolehan membina hubungan yang abstrak seperti teori dan hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena (mengklasifikasikan fakta)

Elemen Penilaian

Eelemen penilaian ialah apabila menguji kebolehan murid  untuk membuktikan, menilai, mengesahkan serta memberi pendapat mengenai sesuatu pernyataan. 




Bidang Psikomotor



Bidang psiokomotor adalah berkaitan dengan perkembangan fizikal murid.




Bidang Afektif


Bidang ini adalah berhubung dengan sikap, penikmatan , nilai dan emosi. Suatu pembelajaran akan tercapai sekiranya pelajar dapat membentuk sikap positif terhadap pembelajaran tersebut. 

Menurut Davi R.Krathworth et. al. (1964) terdapat  5 domain afektif iaitu:
  • Menerima - Keinginan dan kesanggupan menerima seperti sanggup mendengar ucapan orang lain.
  • Bertindak balas - Kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan atau perkara. 
  • Menilai - Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkahlaku.
  • Mengelola - Kebolehan mengelola nilai –aplikasi, menyalurkan, menerapkan. Murid juga dapat membezakan perkara yang penting dan kurang penting.
  • Perwatakan -  Perubahan tingkahlaku yang positif kepada pelajar.  

Berikut merupakan video berkaitan teori Bloom:

Pembelajaran yang Efektif


Pembelajaran Efektif

Menurut Popham dan Baker (1992), proses pembelajaran yang efektif terjadi jika guru dapat mengubah kemampuan dan persepsi pelajar daripada sukar untuk belajar kepada mudah untuk mempelajari sesuatu.
Keberkesanan suatu pembelajaran juga bergantung kepada kaedah dan cara pembelajaran tersebut dijalankan. Pengaplikasian kaedah yang sesuai dan efektif dalam proses pembelajaran membolehkan pencapaian hasil yang maksimum.

Oleh itu, untuk menjalankan suatu proses pembelajaran secara efektif: 

-Analisis tentang keperluan murid haruslah dijalankan. 

Perkara ini bermaksud, seorang guru hendaklah menimbangkan perbezaan individu yang wujud dalam kalangan pelajar dengan menyeimbangkan skop dan kaedah yang dijalankan dalam proses pembelajaran. Hal ini kerana, tahap kemampuan pelajar adalah berbeza-beza. Dari itu, semua murid akan dapat mengikuti pembelajaran yang dijalankan dengan baik.

-Sistem ujian yang dijalankan juga haruslah bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar.


Apabila dua perkara ini dilaksanakan, proses pembelajaran yang efektif dapat dihasilkan.




Mengurus Pembelajaran Efektif

Keperluan fisiologi


Guru hendaklah mengetahui keperluan fisiologi murid. Keperluan fisiologi murid antaranya adalah seperti berikut:
  • Tahap pembelajaran
  • Latar belakang keluarga
  • Emosi dan tingkah laku murid


Pengurusan Masa


Masa untuk menjalankan proses pembelajaran haruslah diurus dengan baik. Perkara ini amat penting untuk membolehkan murid melalui proses pembelajaran pada masa yang sama. Pengurusan masa yang dilakukan hendaklah mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid. Guru juga hendaklah mengelakkan diri daripada menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berkaitan semasa proses pembelajaran berlangsung.


Iklim Bilik Darjah


Suasana bilik darjah haruslah selesa dan sesuai untuk menjalankan suatu proses pembelajaran. Hal ini kerana iklim bilik darjah yang baik dan selesa amat penting untuk murid kerana ia memberi pengaruh yang besar dalam keberkesanan pembelajaran yang dijalankan. Iklim bilik darjah yang baik haruslah mempunyai:
  • Pencahayaan yang mencukupi.
  • Perabot pembelajaran yang selesa seperti kerusi dan meja.
  • Aliran udara yang baik.


  Membuat perancangan sebelum mengajar (RPH)



Perancangan sebelum mengajar dilakukan oleh guru untuk memastikan kelancaran semasa proses pembelajaran berlangsung. Perancangan yang dilakukan mestilah mempunyai objektif pengajaran, teknik dan kaedah yang mantap yang akan diaplikasikan semasa menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran.



Kurikulum yang Baik dan Seimbang



Kurikulum adalah perkara atau tahap yang perlu dilalui oleh murid dalam proses pembelajaran dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam pendidikan. Kurikulum yang baik dan seimbang harusah meliputi aspek jasmani, rohani, emosi, intelektual dan spiritual. Kurikulum yang baik juga bergantung kepada keupayaan sekolah dalam mengaplikasikan pembelajaran agar murid mendapat pembelajaran yang baik dan sempurna.



Penggunaan Bahan Bantu Mengajar



Penggunaan bahan bantu mengajar amat penting dalam usaha menjadikan proses pembelajaran yang dijalankan efektif . Penggunaan bahan bantu mengajar mestilah sesuai dengan topik yang diajar. Kaedah yang pelbagai juga boleh diaplikasikan dalam pembelajaran untuk menarik perhatian pelajar. Bukan itu sahaja, penggunaan bahan bantu mengajar dan kaedah yang menarik juga dapat merangsang dan meningkatkan daya kreativiti pelajar.

Berikut merupakan contoh penggunaan bahan bantu mengajar yang digunakan semasa proses pembelajaran dijalankan:


                                      




Terdapat juga beberapa model pembelajaran yang efektif yang dapat dilakukan. Antara model tersebut ialah:



Objektif yang Boleh Dicapai daripada Pembelajaran yang Efektif


Objektif eksplisit dan implisit dapat dicapai melalui pengurusan pembelajaran yang efektif.

Objektif Eksplisit
Objektif eksplisit adalah melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat. Tingkah laku tersebut ialah:
  • Menyenaraikan
  • Menjelaskan
  • Memberi contoh
  • Menunjukkan cara yang betul untuk apa yang diajar.

Objektif Implisit

Objektif implisit adalah yang melibatkan tingkah laku yang ketara iaitu:
  • Memahami
  • Mengetahui
  • Menghargai perkara yang dipelajari.



Rujukan:



Suyanto & Asep Jihad. (2013). MENJADI GURU PROFESIONAL: Strategi Meningkatkan Kualifikasi dan Kualitas Guru di Era Global. Penerbit Erlangga.

Sunday, 11 September 2016

Konsep Mengurus Pembelajaran






Merancang

  • Merancang objektif pelajaran berdasarkan sukatan pelajaran,pengetahuan sedia ada murid.
  • Merancang pemeringkatan isi pelajaran.
  • Merancang strategi dan kaedah pengajaran.
  • Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Merancang bahan-bahan pengajaran
  • Merancang aktiviti kumpulan
  • Merancang kemudahan dan susunan fizikal bilik darjah.
  • Merancang aktiviti penilaian

Mengelola/Mengurus

  • Mengurus rutin bilik darjah
  • Mengurus aktiviti murid
  • Mengurus bahan-bahan pelajaran.
  • Mengurus disiplin bilik darjah
  • Mengurus aktiviti kumpulan
  • Mengurus kaedah fizikal dan kemudahan.
  •  Mengurus aktiviti penilaian





Mengawal

  • Mengawal peraturan-peraturan bilik darjah
  • Mengawal aktiviti kumpulan.
  • Mengawal murid bermasalah peribadi
  • Memastikan masalah disiplin tidak timbul
  •  Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan tanpa gangguan.




      Mengarah

  • Mengarah murid menjawab soalan guru
  • Mengarah murid mendengar membaca,mengira dan menulis.
  • Mengarah murid-murid membentuk kumpulan masing-masing
  • Mengarah murid menguruskan tugas harian bilik darjah 
  • Mengarah murid menjalankan aktiviti pembelajaran
  • Mengarah murid mematuhi disiplin bilik darjah dan sebagainya.


Sumber:

Pengenalan Pengurusan Pembelajaran

  Apa Itu Pengurusan Pembelajaran? 

Definisi Pengurusan


  • Menurut Daft (1997) secara am, pengurusan merujuk kepada proses pencapaian matlamat organisasi mengikut cara yang berkesan dan cekap. Ini dilakukan melalui proses perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan sumber-sumber organisasi.(Aizzat Mohd Nasurdin, 2006)
  • Harold Koontz (1972) mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan.
  • Parker Follet (1995) seorang pelopor pengurusan klasik, mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.


Definisi Pembelajaran
  • Pembelajaran adalah suatu proses yang unik dan subjektif yang menghasilkan fahaman, penghayatan dan kemampuan bertindak secara bebas. (John West-Burnham & Fergus O'Sullivan, 1999)
  • Pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan. (Fryetal,2003)
  • Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara kekal. Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkah laku yang boleh diperlihatkan. (Bowerdan Hilgard,1981

Pengurusan Pembelajaran     

  •  Proses di mana perancangan, pengawalan dan kepimpinan dalam suatu keadaan atau situasi dapat menimbulkan perubahan tingkah laku dalam diri seseorang melalui pencapaian.
  • Persediaan yang perlu dilakukan oleh guru dan pelajar sebelum suatu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas.

Prinsip-prinsip Pembelajaran


Prinsip-prinsip pembelajaran adalah sebagai panduan dan harus diketahui oleh pendidik. Prinsip-prinsip pembelajaran ialah:

-Persediaan pembelajaran
 Pembelajaran lebih berkesan jika terdapat kesediaan dalam pembelajaran.

-Perbezaan individu
 Perbezaan murid daripada segenap aspek haruslah diketahui agar proses pembelajaran yang  dijalankan berkesan.

-Penglibatan yang aktif
 Murid mestilah mempunyai minat untuk melalui proses pembelajaran yang dijalankan.

-Motivasi dan dorongan
 Setiap individu yang terlibat dalam proses pembelajaran haruslah mempunyai motivasi dan dorongan  agar objektif pembelajaran dapat dicapai.







Rujukan:

Aizzat Mohd Nasurdin, Intan Osman & Zainal Ariffin Ahmad. (2006). Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

John West-Burnham & Fergus O'Sullivan. (1999). Leadership & Professional Development in School. Long Acre, London: Financial Times Professional Ltd.

http://www.slideshare.net/d067139/kps-3014-pengurusan-pembelajaran-54978957?next_slideshow=1

http://www.slideshare.net/AamirDin/pengurusan-dan-pembelajaran-pelajar